2013 .
Tumblr_mfmekmrny51rkdhmpo1_500_large

Rasa macam dah berkurun je blog ni. Lama sangat tak update. Last update sebelum bukak sekolah. Sekarang dah nak masuk minggu kedua sekolah. Seriously, masa sebelum bukak sekolah, memang excited gila nak sekolah. Yelah kan semua baru. Tapi bila aku tau geng borak aku dah naik kelas, terus tak ada mood nak sekolah. Aku memang tak suka diorang naik kelas. Kalau naik pun, biar aku naik sekali. Ini tak aku dengan Alima kena tinggal dekat belakang. Aku dengan Alima je geng dalam kelas 3D tu.

First perhimpunan. Cikgu bagi pengumuman, ucapan semua then tiba masa nak naik kelas. Cikgu pun bagitau guru kelas aku cikgu Sejarah kitorang tahun lepas. Masa ajar kitorang sejarah tahun lepas, cikgu tu bukan main garang. Macam nak makan orang je aku tengok. Last-last bila jadi guru kelas kitorang, dia sporting gila. Buat lawak dia pun menjadi. Yang tak syok nya, bila dapat tahu yang dia ajar sains. Time macam ni aku memang lemah sains. Dah tak boleh buat apa dah. Bila tengok experiment, aku dah jadi blurrr semacam. 

Bila semua dah masuk kelas, cikgu pun buat perlantikkan Ketua dengan Penolong. First memang trend lah kan undian yang menentukan segala nya. Then dah pilih ketua. Tak payah cakaplah ketua siapa bukan korang kenal pun. Tiba masa untuk penolong. Memang berdebar je aku. Terkejut beruk aku bila Iman tu sebut nama aku. Aissshhhh memang aku dah syak dah budak ni. Dari tahun lepas. Tahun lepas aku pun kena calon tapi aku tak nak. Biasalah jual mahal. Dalam hati nak . LOL.

Bila aku dah kena calon then sorang lagi kena calon. Dalam hati aku, memang tak nak. Aku dah tau penat gila jadi penolong. Turun naik kelas. Kelas bukan tingkat bawah tapi tingkat empat. Baru sampai tingkat 3 dah penat semacam. Alesya sebelah aku pun dah mengah. Apatah lagi aku. Dengan buku setimpal dalam beg . Gila penat time tu. 

And then time permilihan, aku dengan sorang lagi tu, kena kedepan sebab nak tengok undian kan. Last aku dapat undian 19 kawan aku 1 . LOL. Memang dah merah muka time tu. Last aku kena kedepan dengan cikgu perkenalkan diri. Dalam hati aku "cikgu, tak payah kenalkan pun tak apa. Diorang dah kenal lah". Habis je time tu puhhhh lega gila. Merah dekat muka aku pun dah hilang. 

Aku rasa, bila aku duduk dalam kelas tu, macam stupid person tau tak. Macam orang tak ada je dekat situ. Tak macam tahun lepas, semua borak. Tahun ni, memang berbeza gila. Time tu aku dengan Alima rasa kena pinggir. Dah lah duduk belakang hujung. Bila lah cikgu nak tukar kedudukan. Cepatlah. Nak je aku angkut Alesya tu masuk kelas aku. Jadi bising sikit. Tapi mak aku kata,
"Biarlah tak ada dia, lagi bagus. Kau kan nak PMR tahun ni. Ibu nak kau dapat 5A keatas. Kalau dapat ibu bagi sesuatu"
Yang sesuatu tu yang aku nak. Bila aku tanya mak aku apa yang sesuatu tu. Mak aku kata,rahsia. LOL. Time tu aku ada semangat nak belajar. Aku buang sifat rasa kena pinggir tu. Aku dah ada azam baru untuk tahun 2013. Lagi pun tahun ni, aku dah tukar segalanya persatuan yang aku masuk tahun lepas. Tahun ni aku Kadet Pertahanan Awam and Kelab Mathematics. Dekat situ aku ada geng, so tak sunyi macam dalam kelas.
P/S Aku akan cuba dapatkan yang terbaik untuk membanggakan ibu dengan ayah aku. Doakan aku ye. 
[ 2 comments ]